MENGAPA KITA PERLU SOLAT?

     Kita diperintah untuk mengerjakan solat untuk melahirkan berbagai-bagai rasa kehambaan kerana kita adalah seorang hamba. Iaitu hamba Allah, Tuhan yang menciptakan sekalian alam. Rasa kehambaan ini diantaranya ialah rasa malu, rendah diri, berharap, sabar, meminta maaf, rasa takut, gementar, bimbang, redha dan bersyukur. Rasa kehambaan inilah yang akan membakar dan memusnahkan sifat-sifat mazmumah iaitu sifat-sifat yang buruk dan keji seperti sombong, tamak, bakhil, hasad dengki, pemarah, ujub, berdendam, mengumpat, memfitnah, menghina dan mengadu domba. 

    Di dalam Islam, solat adalah amalan yang paling besar dan agung selepas iman. Terdapat banyak sebab mengapa solat itu besar dan agung. Di antaranya ialah solat itu adalah:

1.  Ibu segala ibadah.

2. Diperintahkan oleh Allah kepada nabi Muhammad tanpa perantaraan malaikat Jibril.

3. Terikat dengan disiplin dan peraturan tertentu.

4. Zikir paling besar dan agung. 

5. Terkandung seluruh bentuk dan doa.

6. Simbol merendah diri.

    Keagungan solat yang dapat dihayati itu melahirkan hamba Allah yang seperti berikut:

1. Akan lahir peribadi yang kuat dan agung keyakinannya.

2. Akan lahir peribadi yang kuat dan agung imannya.

3. Akan lahir peribadi yang berdisiplin hidupnya.

4. Akan lahir peribadi yang bersih lahirnya daripada dosa berbuat maksiat dan kemungkaran kecuali sedikit.

5. Akan lahir hamba Allah yang bersih jiwanya daripada sifat mazmumah.

    

    Gabungan orang-orang sebigini akan melahirkan satu bangsa yang agung. Allah akan menjadikan bangsa-bangsa lain tunduk kepada keagungannya kerana bangsa yang agung ini telah dinaungi oleh Allah yang Maha Agung kerana kesan daripada didikan solat yang agung itu.

Comments