Posts

Showing posts from October, 2020
KUIZ TENTANG SOLAT: Anda semua boleh menjawab kuiz ini untuk memantapkan lagi pengetahuan tentang solat. 1.  Apakah maksud Rukun Solat? A.  Perkara yang sunat dilakukan semasa melakukan solat, jika ditinggalkan solat itu tidak sah. B.  Perkara yang haram dilakukan semasa melakukan solat, jika ditinggalkan solat itu sah. C.  Perkara yang harus dilakukan semasa melakukan solat, jika ditinggalkan solat itu tidak sah. D.  Perkara yang wajib dilakukan semasa melakukan solat, jika ditinggalkan solat itu tidak sah.   2. Adakah membaca doa Iftitah termasuk dalam Rukun Solat? A.  Ya B.  Tidak      3. Antara berikut keterangan yang manakah betul mengenai Takhbiratul Ihram? A.  Membaca ketika sedang duduk B.  Melafazkan Allahu Akbar C.  Menghadap kiblat D.  Melafazkan perkataan Assalamualaikum Warahmatullah     4. Mengapakah rukun solat dalam sembahyang wajib dilakukan mengikut  yang telah ditetapkan?   ...
Image
  Ini merupakan video yang menyatakan akibat seseorang itu tidak solat. Tekan link di bawah ini untuk tontonan anda semua. https://www.powtoon.com/c/bR0BNVA5dtV/1/m

SYARAT SAH SOLAT

     Syarat ialah sesuatu perkara yang menentukan sahnya solat namun ia bukan daripada solat. Perbahasan syarat ini adalah lebih sesuai untuk didahulukan daripada perbincangan berkenaan hukum. Ini kerana syarat itu adalah wajib dipenuhi terlebih dahulu sebelum menunaikan solat, bahkan ia mesti dikekalkan selama menunaikan solat. Oleh itu, sekiranya ia tidak dapat dipenuhi, maka solat tersebut tidak sah dan ia perlu diulangi pelaksanaannya. Antara syarat sahnya solat termasuklah: 1. Taharah - Ia bermaksud suci dan terhindar daripada kotoran. Secara istilahnya ia menerangkan bahawa sebelum seseorang ingin menunaikan solat, maka ia wajib menghilangkan kotoran yang berupa najis dan hadas dari anggota badannya. 2. Suci badan, pakaian dan tempat daripada najis - Yang dimaksudkan sebagai suci badan ialah kebersihan yang merangkumi mulut, hidung dan bahagian dalam mata. Begitu juga pada pakaian, iaitu segala yang dibawa sekalipun tidak ikut bergerak apabila ia sedang bergerak. Da...

MENGAPA KITA PERLU SOLAT?

      Kita diperintah untuk mengerjakan solat untuk melahirkan berbagai-bagai rasa kehambaan kerana kita adalah seorang hamba. Iaitu hamba Allah, Tuhan yang menciptakan sekalian alam. Rasa kehambaan ini diantaranya ialah rasa malu, rendah diri, berharap, sabar, meminta maaf, rasa takut, gementar, bimbang, redha dan bersyukur. Rasa kehambaan inilah yang akan membakar dan memusnahkan sifat-sifat mazmumah iaitu sifat-sifat yang buruk dan keji seperti sombong, tamak, bakhil, hasad dengki, pemarah, ujub, berdendam, mengumpat, memfitnah, menghina dan mengadu domba.      Di dalam Islam, solat adalah amalan yang paling besar dan agung selepas iman. Terdapat banyak sebab mengapa solat itu besar dan agung. Di antaranya ialah solat itu adalah: 1.  Ibu segala ibadah. 2. Diperintahkan oleh Allah kepada nabi Muhammad tanpa perantaraan malaikat Jibril. 3. Terikat dengan disiplin dan peraturan tertentu. 4. Zikir paling besar dan agung.  5. Terkandung seluruh bent...

RUKUN SOLAT

      Perbuatan rukun ialah perbuatan yang wajib dilakukan dalam setiap solat. Sekiranya tidak dilakukan maka solat tidak sah. Rukun solat ada 13 iaitu: 1. Niat (dihadirkan dalam hati ketika mengangkat takbiratul ihram). 2. Takbiratul ihram (mengucapkan perkataan "ALLAHU AKBAR". 3. Berdiri bagi siapa yang mampu. 4. Membaca surah Al-Fatihah. 5. Rukuk dengan tama'ninah (membongkok dengan tangan memegang lutut). 6. I'tidal dengan tama'ninah (berdiri tegak selepas rukuk). 7. Sujud 2kali dengan tama'ninah. 8. Duduk antara dua sujud dengan tama'ninah (duduk sebentar selepas sujud yang pertama). 9. Duduk untuk tahiyat akhir. 10. Baca tahiyat akhir. 11. Membaca selawat. 12. Memberi salam (mengucapkan lafaz "ASSALAMUALAIKUM"). 13. Tertib (mengikut urutan rukun).

APA ITU SOLAT?

    Makna solat dari segi bahasa ialah doa. Dan solat daripada pengertian syarak pula ialah beberapa ucapan dan perbuatan tertentu yang diawali dengan takbir dan diakhiri dengan salam.    Solat merupakan tiang agama dan rukunnya. Sesiapa yang melaksanakan solat nescaya dia telah menegakkan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat nescaya dia telah menghancurkan agama. Sabda Rasulullah SAW: "Pangkal perkara adalah Islam, tiangnya solat dan cabang-cabangnya jihad." (HR. Tarmizi)      Hadis di atas membawa makna kepada pangkal perkara adalah Islam yang sangat penting bagi manusia di kehidupan dunia dan di akhirat. Islam merupakan hal yang pertama sekali wajib bagi manusia memerhatikannya dan menjalankan perintah dan hukum-hakamnya.     Tiang untuk menegakkan agama ini adalah solat dan untuk meninggikan amalan di dalamnya ialah dengan berjihad, kerana jihad itu menjaga kehormatan, menyiarkan Islam dan menaikkan dari seluruh agama agama yang ada....