SYARAT SAH SOLAT
Syarat ialah sesuatu perkara yang menentukan sahnya solat namun ia bukan daripada solat. Perbahasan syarat ini adalah lebih sesuai untuk didahulukan daripada perbincangan berkenaan hukum. Ini kerana syarat itu adalah wajib dipenuhi terlebih dahulu sebelum menunaikan solat, bahkan ia mesti dikekalkan selama menunaikan solat. Oleh itu, sekiranya ia tidak dapat dipenuhi, maka solat tersebut tidak sah dan ia perlu diulangi pelaksanaannya. Antara syarat sahnya solat termasuklah:
1. Taharah
- Ia bermaksud suci dan terhindar daripada kotoran. Secara istilahnya ia menerangkan bahawa sebelum seseorang ingin menunaikan solat, maka ia wajib menghilangkan kotoran yang berupa najis dan hadas dari anggota badannya.
2. Suci badan, pakaian dan tempat daripada najis
- Yang dimaksudkan sebagai suci badan ialah kebersihan yang merangkumi mulut, hidung dan bahagian dalam mata. Begitu juga pada pakaian, iaitu segala yang dibawa sekalipun tidak ikut bergerak apabila ia sedang bergerak. Dan tempat yang dimaksudkan di sini ialah tempat untuk menunaikan solat. Maka kesemua itu harus suci daripada najis yang tidak dimaafkan kewujdannya.
3. Menutup aurat
- Secara umumnya, batasan aurat manusia ialah bahagian badan yang dimulai dari pusat hingga ke lutut sekalipun ia kanak-kanak dan budak-budak yang masih kecil yang menyepi di tempat yang gelap.
4. Mengetahui waktu solat telah masuk
- Dalam hal ini, setiap umat Islam yang ingin melaksanakan solat fardhu perlu mempunyai ilmu untuk mengetahui kedatangan waktu solat. Sama ada dengan keyakinan dalam dirinya ataupun secara perkiraan. Sesiapa yang melaksanakan solat tanpa mengetahui masuknya waktu tersebut, maka solatnya tidak sah walaupun dilakukan pada waktunya.
5. Menghadap kiblat
- Maksudnya di sini ialah kaabah. Maka, selain kaabah solatnya tidak sah. Pengkhususan ini hanya tertumpu pada solat fardhu sahaja. Sekiranya seseorang itu berjalan kaki atau berkenderaan, ia dikecualikan sama ada ingin menghadap kiblat ataupun tidak.
6. Mengetahui kefarduan solat
- Syarat ini bermaksud, bagi mereka yang tidak mengetahui kefarduan solat, maka solat ini tidak sah. Kefarduan yang dimaksudkan di sini ialah rukun-rukun solat. Orang yang sering melaksanakan solat mengetahui antara fardhu solat dan sunah-sunahnya.
Comments
Post a Comment