RUKUN SOLAT
Perbuatan rukun ialah perbuatan yang wajib dilakukan dalam setiap solat. Sekiranya tidak dilakukan maka solat tidak sah. Rukun solat ada 13 iaitu:
1. Niat (dihadirkan dalam hati ketika mengangkat takbiratul ihram).
2. Takbiratul ihram (mengucapkan perkataan "ALLAHU AKBAR".
3. Berdiri bagi siapa yang mampu.
4. Membaca surah Al-Fatihah.
5. Rukuk dengan tama'ninah (membongkok dengan tangan memegang lutut).
6. I'tidal dengan tama'ninah (berdiri tegak selepas rukuk).
7. Sujud 2kali dengan tama'ninah.
8. Duduk antara dua sujud dengan tama'ninah (duduk sebentar selepas sujud yang pertama).
9. Duduk untuk tahiyat akhir.
10. Baca tahiyat akhir.
11. Membaca selawat.
12. Memberi salam (mengucapkan lafaz "ASSALAMUALAIKUM").
13. Tertib (mengikut urutan rukun).
Comments
Post a Comment